Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.
Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi
Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.
Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.
Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil :1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara.Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain.2. Bahasa-bahasa PolinesiaContoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti3. Bahasa-bahasa MelanesiaContoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia4. Bahasa-bahasa MikronesiaContoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa.
Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden. Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7.
Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut : 1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) – Palembang3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) – Pulau Bangka, Palembang4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) – PalembangBerpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya. Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-Yue” yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China.
Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat dipastikan dengan tegas. Ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera. Selain daripada empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masehi. :1. Batu Bersurat Gandasuli (832 M) – Gandasuli, Jawa Tengah2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi.3.
Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029 M dengan tulisan pada kaki alasnya4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masehi)Pada zaman ini tiga buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan Bahasa Melayu telah dijumpai :1. Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M) – ditulis dalam tulisan India dan memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit.2. Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) – juga ditulis dalam tulisan India dengan beberapa perkataan Arab3. Batu Bersurat Terengganu – dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang Terengganu. Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis antara tahun 1303 M hingga 1387 M. Ia ditulis dalam tulisan Jawi. Abad ke –13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini.
Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab.Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya.Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu.
Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah :1. Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Ia merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan adalah daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar. 2.
Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.3. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.
”Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah :1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, LondonDalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Acheh ialah :
1. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)
2. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
3. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)
4. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)
Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat Al-Salakin”.Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla’al Badrain” dan “Furu’ Al-Masail”.Bahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masehi)Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui Bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan Bahasa Melayu selanjutnya. Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab “Al-Hakim” oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan “Sabil Al-Hidayat” oleh Sayyed Aluwi Ba’aluwi (1899 M)Tetapi hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayu ialah karya Raja Ali Haji, iaitu “Bustan Al-Katibin” (1857 M), “Pengetahuan Bahasa” (1859 M), “Salasilah Melayu dan Bugis” (1865 M) dan “Tuhfat Al-Nafis” (1865 M). Pada masa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti “Hikayat Negeri Johor” dan “Kitab Pemimpin Johor”.
Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan Bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara.Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Ia digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu (begitu juga hari ini).
Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford. Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi “tuan” dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan.
Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab. Kemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini.
Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan.Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.
Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu.
dipetik dari,http://faculty.unitarklj1.edu.my/ALD0063/week/ASAL%20USUL%20BAHASA%20MELAYU.doc
SEJARAH
Jumaat, 20 Februari 2009
Kedah Darul Aman
Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.
Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.
Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).
Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.
Garis masa Kesultanan Kedah
1136: Sultan Al-Mudzafar Shah I (1136 - 1179)
1179: Sultan Mu'adzam Shah (1179 - 1202)
1202: Sultan Muhammad Shah (1202 - 1236)
1236: Sultan Muzzil Shah (1236 - 1280)
1280: Sultan Mahmud Shah (1280 - 1321)
1321: Sultan Ibrahim Shah (1321 - 1373)
1373: Sultan Sulaiman Shah I (1373 - 1423)
1423: Sultan Ataullah Muhammad Shah I (1423 - 1473)
1473: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah I (1473 - 1506)
1506: Sultan Mahmud Shah II (1506 - 1547)
1547: Sultan Mudzaffar Shah II (1547 - 1602)
1602: Sultan Sulaiman Shah II (1602 - 1626)
1626: Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1626 - 1652)
1652: Sultan Muhyiddin Mansor Shah (1652 - 1662)
1662: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah I (1662 - 1688)
1688: Sultan Ataullah Muhammad Shah II (1688 - 1698)
1698: Sultan Abdullah Mu'adzam Shah I (1698 - 1706)
1706: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I (1706 - 1710)
1710: Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II (1710 - 1778)
1778: Sultan Abdullah Mukarram Shah II (1778 - 1797)
1797: Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II (1797 - 1804)
1804: Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 - 1845)
1845: Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1845 - 1854)
1854: Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II (1854 - 1879)
1879: Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I (1879 - 1881)
1882: Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 - 1943)
1943: Sultan Badlishah (1943 - 1958)
1958: Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah (1958 -)

Gangga Negara
Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026. Sebuah lagi sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung or atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.
Jabatan Muzium telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai sudut termasuk tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat penyelidikan dari sudut arkeologi.
Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/ Manjung . Terdapat artifak arca-arca Buddha abad ke- 5 dan ke-6 Masehi di Beruas menunjukkan kewujudan Kerajaan Gangga Negara ini. Kerajaan Gangga Negara berpusat di Beruas.
Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah. Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja.
Kajian lain menyatakan Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2 Masehi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah Timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.
Dengan menggunakan jumpaan artifak-artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak dipercayai pernah berpusat di Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput telah dikatakan sebahagian dari jajahan Kerajaan Gangga Negara.
Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah suatu dongengan ataupun mitos semata-mata. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.
Semua artifak dan gambar berkaitan dengan Beruas dipamerkan di Muzium Beruas

Langkasuka
Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore) yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai Pattani (dahulunya Kedah). Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Malaysia. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 masihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani. Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama masihi.
Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa, sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu. Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan Pattani.
Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan Tambralinga. Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "The Naga King's Daughter", terbitan Antara Books.

Patani
Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri di Semenanjung Melayu seperti Melaka, Johor dan Selangor. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.
Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahawa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Trengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).
Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebagian lainnya terletak di sebelah timur Kedah, yaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahwa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan temuan kepingan batu-batu purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Konon, menurut buku Negarakertagama, Jerang atau Djere merupakan ibukota Langkasuka.
Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropolog berasal dari suku Jawa-Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.
Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum masehi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 masehi, ia mendapati negeri itu telah lama dibuka.

Kerajaan Pan Pan
Pan Pan ialah sebuah kerajaan Hindu kecil yang dipercayai wujud pada kurun ketiga hingga ketujuh masihi dan terletak di suatu kawasan di Kelantan atau Terengganu, Malaysia. Tidak banyak yang diketahui tentang kerajaan ini. Adalah juga dipercayai bahawa kerajaan ini ditakluk oleh empayar yang lebih besar iaitu Srivijaya.
Semasa Dinasti Utara dan Selatan pada tahun 529, 533, 534, 535 dan 571, Kerajaan Pan Pan menghantar ufti ke China.[1] Pada tahun 616 dan 637 Kerajaan Pan Pan menghantar ufti kepada Dinasti Tang[2]

Kerajaan Srivijaya
Kerajaan Srivijaya berpusat di daerah yang sekarang dikenali sebagai Palembang di Sumatra. Pengaruhnya amat besar di atas Indonesia, Semenanjung Malaysia dan Filipina.
Kerajaan Srivijaya banyak dipengaruhi budaya India, pertama oleh budaya agama Hindu dan kemudiannya diikuti pula oleh agama Buddha. Agama Buddha diperkenalkan di Srivijaya pada tahun 425 Masihi. Srivijaya merupakan pusat terpenting agama Buddha Mahayana. Raja-raja Srivijaya menguasai kepulauan Melayu menerusi perdagangan dan penaklukan dari kurun ke-7 hingga ke-9.
Ikatan perkawinan merupakan cara melakukan ekspansi dengan damai. Diantaranya, Dapunta Hyang, yang berkuasa sejak 664, melakukan pernikahan dengan putri kedua raja Linggawarman dari Kerajaan Tarumanagara yang bernama Sobakancana, yang menurunkan raja Srivijaya berikutnya: Dharma Setu. Jadi raja Srivijaya, Dharma Setu memiliki darah Sunda dan Palembang.
Putri Dharma Setu, Dewi Tara kemudian dinikahkan dengan Samaratungga, raja Kerajaan Mataram Kuno dari Dinasti Syailendra, yang membangun candi / kuil Borobudur.
Bala Putra Dewa, anak dari Samaratungga dan Dewi Tara menjadi raja Srivijaya ditahun 833-856. Dengan kata lain raja Sriwijaya memiliki darah Jawa dan Palembang sejak saat itu.
Kerajaan Srivijaya juga membantu menyebarkan kebudayaan Melayu ke seluruh Sumatra, Semenanjung Melayu, dan Borneo Barat.
Kuasa Srivijaya merosot pada kurun ke-11. Pada tahun 1017, 1025, dan 1068, Sriwijaya telah diserbu raja Chola dari kerajaan Colamandala, India yang mengakibatkan hancurnya jalur perdagangan. Pada serangan kedua tahun 1025, raja Sri Sanggramawidjaja Tungadewa ditawan. Pada 1088, kerajaan Melayu Jambi, yang dahulunya berada di bawah naungan Srivijaya menjadikan Srivijaya taklukannya. Kekuatan kerajaan Melayu Jambi beransur hingga 2 abad. Sebenarnya sejak serangan Kerajaan Colamandala dari India, Kerajaan Srivijaya sudah musnah.
Kemudian wilayah Kerajaan Srivijaya mula ditakluki berbagai kerajaan Jawa, pertama oleh kerajaan Singhasari, 1288 dan akhirinya oleh kerajaan Majapahit, 1293.
Pada masa yang sama, agama Islam memasuki Sumatra menerusi Aceh yang telah disebarkan menerusi perhubungan dengan pedagang Arab dan India. Pada tahun 1414, putera terakhir Srivijaya, Parameswara, memeluki agama Islam dan berhijrah ke Tanah Melayu di mana dia telah mengasas Kesultanan Melaka.
(Artikel merupakan draf dan akan diperbaiki lagi)
Agama Buddha aliran Buddha Hinayana dan Buddha Mahayana disebarkan di pelusuk kepulauan Melayu dan Palembang menjadi pusat pembelajaran agama Buddha. Pada masa itu juga, Srivijaya telah hilang kuasa monopoli ke atas laluan perdagangan Cina-India. Dengan itu, kemewahan Srivijaya menurun. Kerajaan Singhasari yang berada di bawah naungan Srivijaya berpecah daripadanya.Malangnya, sejarah Asia Tenggara tidak didokumentasikan dengan baik. Sumber sejarahnya berdasarkan laporan dari orang luar, inskripsi dan perjumpaan arkeologi, artefak seperti patung dan lukisan, dan hikayat.

Kerajaan Kedah Tua
Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha.
Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.
Kerajaan Keda Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.

Kerajaan Majapahit
Majapahit adalah sebuah kerajaan yang pernah ditubuhkan sekitar tahun 1293 hingga 1500 M dan berpusat di Pulau Jawa timur. Kerajaan ini pernah menguasai pulau Jawa, Sumatera, Borneo, Sulawesi/Celebes, Madura, Bali, dan banyak wilayah lain di Nusantara.
Kejayaan Majapahit
Penguasa Majapahit semasa zaman kegemilangannya ialah semasa zaman pemerintahan Hayam Wuruk, yang memerintah dari tahun 1350 hingga 1389.
Majapahit ialah kerajaan Hindu-Buddha yang terakhir dan masyhur di Nusantara. Didahului oleh kerajaan Srivijaya, yang berpusat Palembang di pulau Sumatra.
Pengasas Majapahit, Kertarajasa, anak menantu kepada penguasa Singhasari, juga berpusat di Jawa. Selepas Singhasari mengusir Srivijaya dari Jawa secara keseluruhannya pada tahun 1290, kekuasaan Singhasari mula menjadi perhatian Kubilai Khan di China dan dia mengirim duta untuk mengutip ufti.
Kertanagara, pengasas kerajaan Singhasari, menolak untuk membayar ufti dan Khan memberangkatkan satu rombongan tiba di pantai Jawa tahun 1293. Pada ketika itu, seorang pemberontak dari Kediri, Jayakatwang, sudah membunuh Kertanagara. Pegasas Majapahit bergabung tenaga dengan orang Mongolia untuk melawan Jayakatwang dan menyebabkan kerajaan Singhasari musnah serta memaksa sekutunya Mongol untuk menarik diri secara kelam-kabut.
Gajah Mada, seorang patih dan bupati Majapahit dari 1331 ke 1364, memperluaskan kekuasaan kekaisaran ke pulau sekitarnya. Beberapa tahun selepas kematian Gajah Mada, angkatan laut Majapahit menawan Palembang dan menakluk daerah terakhir kerajaan Sriwijaya.
Walaupun pengasas Majapahit melebarkan kekuasaan mereka ke tanah seberang di seluruh Nusantara dan membinasakan kerajaan-kerajaan jiran , fokus mereka adalah untuk menguasai dan memonopoli perdagangan komersil antara pulau.
Ketika Majapahit didirikan, pedagang Muslim dan para mubaligh mula memasuki Nusantara. Selepas mencapai puncaknya pada abad ke-14, tenaga Majapahit beransur-ansur lemah dan perang yang mulai dari tahun 1401 dan berlangsung selama empat tahun melemahkan Majapahit. Setelah ini Majapahit ternyata tak dapat menguasai Nusantara lagi. Kehancuran Majapahit kira-kira terjadi pada sekitar tahun 1500-an meskipun di Jawa ada sebuah khronogram atau candrasengkala yang berbunyi seperti ini: sirna hilang kretaning bumi. Sengkala ini kononnya adalah tahun berakhirnya Majapahit dan harus dibaca sebaga 0041 = 1400 Saka => 1478 Masehi. Erti daripada sengkala ini adalah “sirna hilanglah kemakmuran bumi (Majapahit)”.
Raja-raja Majapahit
Raden Wijaya, bergelar Kertarajasa Jayawardhana (1294 - 1309)
Kalagamet, bergelar Sri Jayanagara (1309 - 1328)
Sri Gitarja, bergelar Tribhuwana Wijayatunggadewi (1328 - 1350)
Hayam Wuruk, bergelar Sri Rajasanagara (1350 - 1389)
Wikramawardhana (1389 - 1429)
Suhita (1429 - 1447)
Kertawijaya, bergelar Brawijaya I (1447 - 1451)
Rajasawardhana, bergelar Brawijaya II (1451 - 1453)
Purwawisesa atau Girishawardhana, bergelar Brawijaya III (1456 - 1466)
Pandanalas, atau Suraprabhawa, bergelar Brawijaya IV (1466 - 1968)
Kertabumi, bergelar Brawijaya V (1468 - 1478)
Girindrawardhana, bergelar Brawijaya VI (1478 - 1498)

Langgan:
Catatan (Atom)